Juraij: AnTarA SolaT atAu ibU

Posted by d'caliphate Tuesday, October 27, 2009

Dalam satu kisah yang dinukilkan oleh Imam Ibnu Hajar dalam Kitab Fathul Bari berkenaan seorang lelaki dari Bani Israel yang bernama Juraij.

Juraij seorang lelaki yang kuat melakukan ibadat kepada Allah sehinggakan beliau membina sebuah rumah ibadat. Sedang dia melakukan ibadat, ibunya datang memanggilnya, sedangkan ketika itu dia sedang menunaikan solat.

Semasa ibunya memanggilnya, hatinya berkata, “apakah aku harus menyahut panggilan ibuku atau aku terus dengan solat”. Juraij memilih untuk meneruskan solatnya. Sehinggalah beberapa kali setelah kedatangan si ibu tidak disahut oleh si anak maka ibunya berasa kecewa dan menyebut;

اللَّهُمَّ لَا تُمِتْهُ حَتَّى تُرِيَهُ وُجُوه الْمُومِسَات

Maksudnya; “Ya Allah, jangan kamu matikannya (Juriaj) hinggalah dia melihat wajah-wajah pelacur”

Hasil dari doa si ibu, menyebabkan Juraij telah diuji oleh Allah dengan soerang perempuan yang telah berzina dengan seorang pengembala kambing sehingga melahirkan anak. Perempuan itu menuduh, bahawa anak itu adalah anak Juraij.

Mendengar tuduhan itu, tanpa usul periksa, orang-orang kampung telah bertindak meruntuhkan rumah ibadatnya, juga memukulnya sehingga luka. Bukan sekadar itu, orang kampung telah bertindak menghinanya dengan mengikat tengkok dan tangannya dan mengarak-araknya ke seluruh kampung. Keadaan itu sehinggakan raja Bani Israel ketika itu berkata;

وَيْحك يَا جُرَيْج ، كُنَّا نَرَاك خَيْر النَّاس فَأَحْبَلْت هَذِهِ ، اِذْهَبُوا بِهِ فَاصْلُبُوهُ

Maksudnya;“Celaka kamu wahai Juraij, kami menyangka kamu adalah sebaik-baik manusia. Ikat, dan salibkan Juraij”


Ketika orang kampung sedang mengarak-arak Juraij, kelihatan perempuan yang menuduh dengan bayi yang didakwa anaknya itu. Menyebabkan Juraij minta untuk menunaikan solat.

Permintaan Juraij diberi oleh orang kampung. Setelah berwudu’, solat dan berdoa. Juraij telah datang kepada anak itu lalu bertanya.

مَنْ أَبُوك يَا غُلَام ؟ فَقَالَ : الرَّاعِي

Maksudnya; ”Siapa bapa kamu wahai anak?
”pengembala kambing”
jawab anak kecil itu ringkas

Melihat bayi itu berkata demikian, menyebabkan orang kampung merasa bersalah. Lalu mereka ingin membina balik rumah ibadat Juraij yang telah diruntuhkan itu dengan rumah ibaadat yang baru, diperbuat daripada emas. Tetapi ditolak oleh Juraij.

Pengajran dari kisah ini:

· Dalam islam, amalan wajib perlu didahulukan berbanding amalan sunat. Keadaan ini menyalahi dengan tindakan Juraij yang ketika itu menunaikan solat sunat, lalu tidak menyahut panggilan ibu, sedangkan menyahut panggilan ibu adalah wajib.

· Buat baik kepada ibu merupakan satu kewajipan yang besar. Memberi ketaatan kepada ibu, dan tidak menyakiti hatinya merupakan satu tuntutan ilahi.

· Doa ibu untuk anak-anak merupakan doa yang diberkati. Justeru, jangan dianggap remehdengan doa ibu.

sumber:ustaz albakistani- almuslimin.net

0 Responses to Juraij: AnTarA SolaT atAu ibU

Post a Comment

.::Refleksi Minda:.

.:Arkib kami:.

About Me

d'caliphate
"Menggali ilmu,mencari diri untuk menyuluh anak pertiwi..walau susah,walau sengsara,kami cuba untuk berbakti..Moga sedikit usaha ini diberkati oleh Illahi.."
View my complete profile

.:Find Al-Quran:.

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

.:Find Al-Hadith:.

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com