Kenali Sultan Muhammad Al-Fateh..

Posted by d'caliphate Saturday, October 24, 2009
Nabi Muhammad S.A.W bersabda(ketika menggali Parit Khandaq):“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian.

Pada kali ini, kita akan mengenali seorang lagi tokoh penyubur inspirasi di zaman silam.
Hadis tersebut telah menyemarakkan semangat umat Islam dalam berlumba-lumba membebaskan Constantinople bagi mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah dia Sultan Muhammad al-Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

Ayuh, mari kita mengenali, menghayati dan mencontohi ketokohan, kekuatan, kebijaksanaan dan ketaqwaan Sultan Muhammad Al-Fateh.

0 Responses to Kenali Sultan Muhammad Al-Fateh..

Post a Comment

.::Refleksi Minda:.

.:Arkib kami:.

About Me

d'caliphate
"Menggali ilmu,mencari diri untuk menyuluh anak pertiwi..walau susah,walau sengsara,kami cuba untuk berbakti..Moga sedikit usaha ini diberkati oleh Illahi.."
View my complete profile

.:Find Al-Quran:.

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

.:Find Al-Hadith:.

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com