Singa Padang Pasir Salahuddin al-Ayyubi

Posted by d'caliphate Sunday, November 22, 2009

Salahuddin Al Ayubi atau sering juga di sebut sebagai “Saladin” di dunia barat, merupakan panglima perang yang sangat dikagumi bukan sahaja oleh tentera Muslimin malah pihak lawan juga turut terpana dengan kehebatannya. Keberanian serta kepahlawanannya tercatat di lembaran sejarah terutama di kancah perang salib.





Pada Julai 1192 dalam perang salib sepasukan Muslim telah menyerang khemah pihak lawan diluar benteng kota Jaffa, termasuk didalamnya ada khemah Raja Inggeris, Richard I. Raja Richard bersama tenteranya pun ditawan dan dibawa ke khemah tentera Muslim dengan berjalan kaki. Salahuddin Al Ayubi yang melihat Richard dalam kondisi seperti itu berkata kepada saudaranya : “Bagaimana mungkin seorang raja berjalan kaki bersama parajuritnya? Pergilah ambil kuda arab ini dan berikan kepadanya, seorang lelaki sehebat dia tidak seharusnya berada di tempat ini dengan berjalan kaki. ” Pernyataan di atas menunjukkan salah satu karektor Salahudin yang pemurah, bahkan kepada musuhnya sekalipun.

Sejarah Hidup Salahuddin


Beliau dilahirkan di Takreet tepi sungai Tigris (daerah Iraq) pada tahun 1137 M (532 H).Nama sebenarnya Salah ad-Din Yusuf bin Ayub. Ayahnya Najm ad-Din berketurunan suku Kurdi. Setelah kelahiran Salahudin keluarga Najm-ad-Din berpindah ke Mosul. Di sana, keluarga Najm bertemu dan membantu Zangi, seorang penguasa arab yang cuba untuk menyatukan daerah-daerah yang terpecah menjadi beberapa kerajaan seperti Suriah, Antiokhia, Aleppo, Tripoli, Horns, Jarussalem, Damaskus.

Zangi berjaya menguasai Suriah dan selanjutnya Zangi bersiap untuk menghadapi serbuan tentara Salib dari Eropah yang telah mula memasuki Palestin. Zangi bersama saudaranya; Nuruddin menjadi mentor bagi Salahudin. Dari kecil lagi sudah nampak karektor kuat Salahudin yang rendah hati, baik budi pekerti serta penuh belas kasihan. Zangi meninggal dunia dan digantikan oleh Nuruddin. Pak Cik kepada Salahudin, Shirkuh kemudian dipilih untuk menakluk Mesir yang ketika saat itu sedang dikuasai oleh dinasti Fatimiyah. Setelah penyerangan yang kelima kali, pada tahun 1189, Mesir dapat dikuasai. Shirkuh kemudiannya meninggal dunia dan Salahuddin diangkat oleh Nuruddin menjadi pengganti Shirkuh.

Salahuddin yang masih muda dan dinggap “hijau” ternyata mampu melakukan mobilisasi dan reorganisasi pasukan dan perekonomian di Mesir, terutama bagi menghadapi kemungkinan serbuan tentara Salib. Berkali-kali serangan pasukan Salib ke Mesir dapat Salahuddin patahkan. Akan tetapi kebolehan Salahuddin dalam memimpin Mesir telah mengakibatkan Nuruddin berasa khuatir disaingi. Akibatnya hubungan mereka menjadi buruk. Tahun 1175 Nuruddin mengirimkan pasukan untuk menakluk Mesir, akan tetapi Nuruddin meninggal saat armadanya sedang dalam perjalanan. Akhirnya penyerangan dibatalkan. Tampuk kekuasaan diserahkan kepada puteranya yang masih sangat muda. Salahuddin berangkat ke Damaskus untuk mengucapkan belasungkawa. Kedatangannya disambut dan dialu-alukan. Salahuddin berniat untuk menyerahkan kekuasaan kepada raja yang baru dan masih belia ini. Pada tahun itu juga, raja muda ini sakit dan meninggal dunia. Posisinya digantikan oleh Salahuddin yang diangkat menjadi pemimpin kekhalifahan Suriah dan Mesir.


0 Responses to Singa Padang Pasir Salahuddin al-Ayyubi

Post a Comment

.::Refleksi Minda:.

.:Arkib kami:.

About Me

d'caliphate
"Menggali ilmu,mencari diri untuk menyuluh anak pertiwi..walau susah,walau sengsara,kami cuba untuk berbakti..Moga sedikit usaha ini diberkati oleh Illahi.."
View my complete profile

.:Find Al-Quran:.

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com

.:Find Al-Hadith:.

Search in the Hadith
Search:
in
Download | Free Code
www.SearchTruth.com